Karier kelab Mohd_Shazlan_Alias

Seorang produk dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Mohd Shazlan Alias merupakan ahli skuad bawah-18 Malaysia yang beraksi ketika Kejohanan Bola Sepak ASEAN bawah-20 di Vietnam pada bulan Julai 2007. Shazlan bermain untuk Harimau Muda sebelum bermain untuk pasukan negerinya Terengganu FA sebelum berpindah ke T–Team. Selepas dua musim bersama T-Team, Shazlan menyertai Sime Darby. Dia kembali ke T-Team pada musim berikutnya. Shazlan menyertai Selangor FA pada musim 2014.